Khamis, 14 Januari 2010
Baru-baru ini semasa menghantar
anak ke sekolah, saya sempat berbual dengan seorang bapa pelajar. Dalam
perbualan ini beliau sempat memberikan komen2 yang amat pedas tentang
sikap sesetengah guru yang pada pendapatnya "negatif" . Rasanya "beliau", tidak mengetahui bahawa tempatnya melempiaskan ketidakpuasan hati ini adalah seorang guru juga. Tetapi hikmahnya ialah,"beliau"
dapat meluahkan isi hatinya dengan lebih bebas tanpa rasa segan atau
takut. Pada saya, pendapat orang tua ini telah menjadi pelengkap pada
tulisan saya sebelum ini tentang pengaruh keluarga terhadap kegagalan
anak-anak di sekolah.Justeru melalui ruangan ini saya cuba memaparkan "luahan hati" orang tua berkenaan agar kita sebagai pendidik dapat sama-sama menghayatinya.
Sebenarnya maha pentingnya tanggungjawab seorang guru dapat dilihat melaui kenyataan seorang tokoh agama yang berbunyi "saya lebih menghargai guru kerana ibubapa menyediakan makanan sahaja manakala guru pula memberikan ilmu".Ini menunjukkan betapa besar tanggungjawab seseorang guru dalam memberi dan membimbing pelajar dari aspek ilmu pengetahuan. Sumbangan guru terhadap kecemerlangan, kejayaan mahupun kegagalan pelajar dalam peperiksaan juga adalah sangat penting. Kegagalan dan kejayaan pelajar bukan sekadar harus diletakkan pada bahu ibubapa dan persekitaran rumah tangga , malah ia juga wajar diletakkan pada kebolehan dan sikap guru-guru.Pendek kata guru-guru juga ada "saham" terhadapnya.

Menurut orang tua ini terdapat
sesetengah guru yang kurang berkeupayaan mengubahsuai pendekatan atau
kaedah pengajaran pada suasana yang berbeza ataupun pada pelajar yang
berbeza tahap kebolehannya. Menurutnya lagi seseorang guru yang baik
haruslah mampu melihat keperluan seseorang pelajar dan juga dapat
menganalisis infrastruktur sekolah. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh
orang tua ini ialah keperluan membuat analisis SWOT (analisis kekuatan,
kelemahan,peluang dan ancaman). Menurutnya lagi pengajaran dan
pembelajaran bukan sekadar menyampaikan ilmu dengan menggunakan kaedah "Chalk and Talk",
bukan sekadar meminta para pelajar menyalin nota, membaca buku teks
tetapi sebenarnya ialah dengan merangsang minat dan minda pelajar
terhadap apa yang dipelajari.Guru merupakan fasilitator pembelajaran
pelajar. Apabila pelajar sudah terangsang minatnya terhadap pengajaran
dan pembelajaran maka lebih mudah bagi guru-guru menyampaikan ilmu
pengetahuan berkenaan. Minat yang tinggi terhadap pelajaran jika
ditambah dengan kaedah yang sesuai maka hasilnya pasti membanggakan.
Apabila mendengar rungutan dan komen si beliau ini, saya mula berfikir,benarkah masih ada guru yang bersikap sedemikian rupa...? Jika ada pun, saya yakin bilangannya amat sedikit berbanding para pendidik yang hebat, bertanggungjawab dan amanah menjalankan tugas mereka.Sebagai pendidik, kita harus akui ketidakpuasan hati orang tua berkenaan ada juga kebenarannya.Ini kerana isu ketidaklenturan mengubahsuai dan mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan keperluan serta sikap negatif sesetengah guru tidak akan membantu sekolah merealisasikan hasrat murni untuk melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.Perlu diingat bahawa, apabila kita telah menjadi seorang guru, seharusnya kita melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh komitmen.
Salam dan tahniah kepada semua guru yang dedikasi dan bertanggungjawab melaksanakan tugasnya...
No comments:
Post a Comment